Powered by Blogger.

Cik Nadia, Selamat hari Jadi!





Happy~birthday To yOu~, HAppY BiRTday To You~HappY BirTHdAY tO yOu NadIA, HaPPy BiRThdaY To yoU~ Yeeeayyyy...(sambil tepuk tangan)..Clap..claP..Clap..~

Happy Birthday Nadia...Aku wish pada diri sendiri pada tanggal 12.00 malam, 2 Februari 2010 yang lalu. Sambil pejam mata, seperti tahun sebelumnya, aku akan membuat hajat. Apa yang aku impikan aku akan berdoa dalam hati dengan penuh harapan.

Mata dibuka, aku pandang kiri dan kanan. Tiada sesiapa pun bersamaku Tiada keluarga dan kawan-kawan. Sedihkan? Inilah life aku sejak bergelar pelajar...tiada kawan-kawan kamceng macam zaman degree dulu. Family pula jauh di Selangor. Aku hanya sendirian. Sebiji kek pun tiada untuk temankan diriku. Sudah 2 tahun aku raikan hari jadi sebegini. Tak mengapalah, lagipun padaku, hari lahir ni bukanlah penting sangat sampai perlu diraikan secara besar-besaran. Cukuplah sekadar ucapkan rasa syukur dan dipanjatkan doa pada Allah kerana panjangkan usia aku setahun lagi.

Namun, aku rasa bersyukur kerana keluarga dan kawan-kawan walaupun masing-masing berada di kejauhan, tetapi tetap mengingati diri ini. Sms ucapan hari jadi bertubi-tubi masuk ke peti simpanan messageku. Rasa gembira apabila baca setiap sms yang dihantar. Rasa diri begitu dihargai. Bukan sekadar sms, tetapi aku juga menerima panggilan telefon dari adik2 dan kawan-kawan. Emak dan abah awal2 lagi sudah wish birthday kepadaku kerana orang tua, manalah sanggup nak berjaga sampai pukul 12 malam semata-mata nak wish birthday kan?

Esoknya aku buka pula Facebook..waaahhhh wall profile aku penuh dengan ucapan selamat hari jadi dari kawan-kawan. Seronoknya! Ada yang sekadar memberi ucapan, ada juga yang bagi ucapan disertakan dengan hadiah seperti teddy bear, sebungkus chocolate, kek dari secret recipe, dan ice cream Baskin Robbin. Tapi semua itu hanyalah virtual. Kalau betul kan best...hehehehe..Walau apa pun aku memang gembira sangat pada hari tu. Aku dapat rasakan muka aku berseri-seri. Ye la...hati tengah happy kan? Hehehhehe..

Aku berteleku sebentar apabila membaca ucapan dari kawan-kawan yang mengucapkan “ selamat hari lahir yang ke 25 tahun Nadia...ko dah tua dah..hehehe”.
25 tahun? Goshhhh...baru aku sedar betapa besarnya angka itu. 25 tahun bukan kanak-kanak lagi..juga bukan anak remaja, tetapi aku dah masuk alam dewasa! Tersentak juga aku apabila memikirkan padanan angka 25 tahun dengan reality diri ini. Pada usia 25 tahun ini, aku masih berperangai seperti keanak-anakan walaupun muka dah nampak ‘tua’. Dari segi kerjaya, aku pun masih terkapai-kapai. Rakan-rakan lain yang sebaya masing-masing sudah bekerja. Ada yang sudah bergelar seorang doctor, peguam, cikgu, jurutera, menjawat pelbagai jawatan di sector awam dan swasta. Ramai kawan-kawan penulis yang sudah berjaya memiliki sebuah kereta. Ada yang pakai Viva, Myvi, Vios, Gen 2, Suzuki Swift, Saga, Wira dan yang paling kurang pun ada jugak sebijik Kancil.

Aku? Habuk pun tak de. Sudahlah tiada kerja, kereta jauh sekali. Yang mampu dibeli hanyalah pen pilot gel, liquid paper, dan juga test pad. Itu sahajalah harta yang aku ada dan mampu beli buat masa ini. Sedih bukan? Jenuh jugak la nak motivasikan semula diri ini..hehehhe..

Lupakan soal kerjaya, aku masukkan pula soal pasangan hidup dan masa depan. Di kala usia menjangkau suku abad ini, ramai rakan sebaya ku yang sudah dan bakal menamatkan zaman solo mereka. Di Facebook, boleh dikatakan setiap bulan ada sahaja rakan-rakan yang tag aku untuk menghadiri Majlis Perkahwinan mereka. Tidak kurang juga ada yang tag aku dengan gambar-gambar majlis perkahwinan mereka. Wahhhhhhhhh..seronoknya. Sudahlah muka masing-masing cantik diandam rapi oleh juru make up, badan mereka pula tersarung dengan busana pengantin yang cantik-cantik belaka. Pelamin, bilik tidur dan meja makan pengantin semuanya kelihatan begitu indah persis istana raja.

Persoalan yang sama diajukan pada diri sendiri. Aku bila lagi? Sambil menghembuskan segumpal nafas berat, ayat lazim yang aku ungkapkan ‘ entahlah...’. Hakikatnya, pada usia 25 tahun ini, penulis masih bujang trang tang tang. The very single and available bachelorette...Sudah 25 tahun bernafas di bumi yang indah ini, aku masih belum bertemu dengan lelaki yang diciptakan untukku. Pengalaman bercinta pun boleh dikatakan tiada. Tak merasalah lagi nak dengar ada orang panggil aku ‘sayang’ ke, ‘honey’ ke, ‘baby’ ke..heheheh..

Sampai saat ini pun masih belum nampak tanda-tanda yang aku akan bercinta. Buat masa ini memang aku totally single...tak de crush dengan mana-mana lelaki, dan rasanya tidak ada seorang lelaki pun yang in love atau have crush dengan aku. Persoalannya, sampai bila keadaan ini akan berterusan?

Sebenarnya aku malas nak fikir pasal hal ni. Tapi dalam tak nak fikirkan tu, kadang-kadang terfikir jugak. Macam-macam hal. Yang pastinya aku redha je dengan setiap ketentuan yang Allah tentukan terhadap diri ini. Ada jodoh atau tidak siapalah aku nak persoalkan sesuatu yang bukan kerja kite. Orang kata cinta ni ibarat magik. Kalau dia datang, sekelip mata je semuanya akan terjadi. Ada orang cakap jugak, Love come to those who believe it!

Tak kesahla...sebab perkara ni bukan bidang kuasa aku jadi biarlah Dia yang menguruskan segalanya. Aku percaya, Allah telah tentukan sesuatu yang terbaik buat diri ini. Kuncinya adalah bersabar. Sabar tu kan separuh daripada iman. Apa yang aku boleh lakukan buat masa ini hanyalah berdoa agar satu hari yang tidak tahu bila, aku akan berjumpa dengan my Mr Right. Aku positif yang hari itu akan tiba, ianya akan berlaku, cuma tidak diketahui bila sahaja.

Selain berdoa, satu lagi yang perlu aku lakukan adalah menukar serba sedikit kata-kata aku. Sebelum ini asal ada orang Tanya ‘nadia bila lagi?’ Aku akan jawab, “lambat lagi’. Rasanya mulai saat ini, aku kena tukar jawapan kepada sesuatu yang kedengaran lebih positif. Kenapa? Mak aku sudah tegur. Katanya kalau asyik jawab ‘lambat lagi’ nanti jodohnya betul-betul lambat. Kata-kata itu kan satu doa. Owh mak, kenapa baru sekarang tegur..kenapa tidak 10 tahun yang lepas? Hahahhahahah...Jadi aku ambil keputusan, selepas ini kalau ada yang bertanyakan soal ini aku akan jawab “ insyaallah, dalam masa terdekat’. Tak pun, “ dalam tahun ni jugak’. Tak pun penulis jawab ‘ Esok’ je..hahahhah...boleh? Kalau aku jawab guna jawapan yang ketiga tu, confirm orang takkan tanya dah..hahahhaha..~ Semoga akhirnya aku kahwin jugak la harapnya kan? Insyaallah.

Tutup bab nikah kahwin ni...cerita pulak soal anak. Ada di kalangan rakan-rakan aku yang dah kawin, dan tidak kurang jugak yang sudah ada anak. Tahniah buat kalian. Didikla anak anda sebaik yang mungkin. Anak-anak ibarat kain putih, Terpulang pada ibu bapalah untuk mencoraknya. Hitam coraknya, hitamlah jadinya, Putih coraknya, putihlah ia. Kalo warna warni? Lu fikirla sendiri..LOL.

Banyak bercerita, lupa pulak nak berkongsi hadiah yang aku dapat sempena hari jadi yang ke 25 tahun ni. Banyak jugaklah hadiah yang diterima dari keluarga dan kawan-kawan. Mak dan abah aku hadiahkan laptop, jenama Sony kepada aku. Memang happy sgt sebab aku mmg admire sgt2 Vaio warne putih..thnx Mak, thnx abah..Mak dan abah juga hadiahkan sehelai tudung, tudung siti nurhaliza kepada penulis. My Fav color- Purple. Adik dan abang aku hadiahkan selendang yang pelbagai corak. Terima kasih. AKu jugak dapat kad hari jadi, dan clutch dari kawan-kawan. Sebelum terlupa, aku hadiahkan minyak wangi CK Euphoria kepada diri sendiri...hehehe.

Dalam banyak-banyak hadiah, hadiah yang paling aku suka adalah hadiah dari Tuhan. Selain dia memanjangkan usiaku, memelihara kesihatan aku, murahkan rezeki aku, Dia jugak telah bukakan pintu hati aku untuk bertudung. Alhamdulillah syukur, kerana aku sentiasa berada di bawah limpahan kasih sayangNya. Terima kasih Allah.

Aku harap, pertambahan usiaku kepada angka 25 tahun bakal mengubah diri ku menjadi lebih baik dari tahun sebelumnya. Insyaallah. Harapan aku pada hari lahir kali ini agar:

Allah melanjutkan usia aku

Allah berikan kesihatan terbaik kepada aku

Murahkan rezekiku. Tabahkan hati ku untuk mengharungi liku-liku kehidupan sebagai seorang pelajar, dan memudahkan laluan hidup ku.

Semoga aku dapat pekerjaan sebaik sahaja tamat belajar pada May 2010 ini.

Ketemukan diri aku dengan insan yang akan melengkapkan hidupku. Yang akan sayangi aku spt mane Muhammad sayangkan Siti Khadijah, seperti Adam cintakan Hawa, dan seperti Yusuf yang kasihkan Zulaikha

Semoga aku menjadi lebih positif, menjadi bertambah baik, lebih cantik (hahahha), menjadi kurus..ngeee~,

AKu juga berharap impian penulis untuk menghasil dan menerbitkan sebuah novel cinta akan menjadi kenyataan. Amin.

3 comments:

Anonymous,  April 9, 2010 at 4:31 AM  

wow...dapat juga aku bc something kat blog ko ni....so happy...nak harapkan tulisan sendiri ntah bile mood aku nak dtg...dah 6 bulan lebih dah rsnye...hahahaha...

anyway just nak bgtau...tulisan kecik sgt...aku kene besarkan retina aku sebesar2nya....hehehe...

(Jojie)

Nadia Rafeeza June 2, 2010 at 6:41 AM  

thnx for ur view n comment honey..yup..tulisan ni mmg agak kecik..okay, next time aku kasi tukar font besar sket eh..hehehe

Anonymous,  January 1, 2012 at 11:22 PM  

sedap baca dan pandainye becelotehhh...tulis lg er k!!!!!

Post a Comment

  © NOME DO SEU BLOG

Design by Emporium Digital