Perempuan & Cemburunya
Betul ke org kate perempuan lebih kuat cemburu berbanding lelaki? Erm.? Mungkin kot...tapi ini tidak bermakna lelaki tiada sifat cemburu..mesti ada, cume mereka yg tinggi dengan ego pasti cube untuk menyorokkannya..Ada sesetengah lelaki yg gagal mengawal api cemburunya..Ape yg terjadi? bile lelaki dah mula cemburu..lebih teruk dan buruk dari perempuan..Jadi doa2 la semoga bf/suami korang tak terdiri dari kategori lelaki kuat cemburu..susah! So hari ni aku tak nak citer pasal cemburu lelaki...tak tahu nak tulis, sebab xde experience bertembung dengan lelaki mcm ni..Jadi dari menulis ikut sedap hati sendiri, lebih baik tulis sesuatu yang dialami sendiri.
Hari ni aku nak tulis pasal perempuan & cemburu..Saje nak tulis hal ni, sebab sejak dua menjak ni, aku telah diserang penyakit cemburu..huhuhu..Sejujurnya, aku benci sebab aku mula ada sifat cemburu ni..Tapi dah puas mengelak, ia tetap ada dlm diri aku..Adekah ia sesuatu yang normal dan dihadapi oleh org lain? Atau aku je yg mengalaminyer? Goshhhh...
Ape yg aku sedar, aku mula ada sifat cemburu ni sejak aku in a relationship..sebelum ni mmg susah aku nak cemburu2 ni..kawan2 sekelas dapat markah tinggi dari aku, tak penah aku jeles, Kawan2 perempuan aku ada bf yg hensem, sikit pon aku x heran, Bile tgk kawan2 dapat keje best2 pun aku tak jeles..itu semua rezeki masing2, dan aku tak pernah cemburukan rezeki orang..Begitulah tahap rasional aku dulu..Tapi biler dah bercinta, abes hilang semua tahap rasional aku..sebab tu la aku benci sangat..aku sekarang bukan mcm aku yg dulu!
Jadi aku termenung fikirkan hal ni..kenape aku cemburu? dengan siapa aku cemburu sebenarnya?
Aku tak tahu kenape, aku cemburu setiap kali bf aku keluar dengan kawan pejabat dia especially kawan2 perempuan..padahal sah2 aku tau dia bukan keluar berdua je..Pernah satu ketika, aku called bf aku suh belikan eye liner aku (bile dia free)..Memandangkan dia lelaki, malu agaknya nak beli brg perempuan, jadi dia ajak kawan perempuan dia temankan..bleh plak aku rase cemburu..padahal dia dah susah2 redah hujan semata-mata nak beli alatan make up aku..Tak tahu la kenapa, tapi perasaan tu mmg tak bleh nak diusir dalam diri aku..Jadi aku membuat andaian, aku cemburukan kaum sejenis aku sendiri..Maksudnya, perempuan cenderung untuk cemburu dengan kaum sejenisnya jugak..Maknanya, sebagai perempuan, kaum sejenisnya adalah pesaing dan pengancam kepada dirinya..betul ke?
Kalau diperhatikan, ada byk sebab yang membuatkan perempuan cemburu. Dan yang mengejutkan, sebabnya adalah perempuan jugak..Sebagai contoh, perempuan gemuk cemburukan body perempuan kurus yg cantik, perempuan wajah x berape cun, cemburukan perempuan yang lawa mcm patung barbie, perempuan berkulit gelap cemburukan perempuan berkulit halus, cerah, dan mulus...perempuan yang kurang popular sangat cemburukan perempuan yang popular dan menjadi dambaan setiap lelaki. Rase sungguh tak bertamadun sebab cemburukan kaum sejenis..tapi itulah hakikatnya
Aku pun tak dpt lari dari terlibat dalam soal cemburukan kaum sejenis ni..Adeh, malu sangat nak mengaku, tapi tu la hakikatnya. Memandangkan ini blog aku, jadi suke hati aku la nak meluahkan perasaan kan..Yup! Aku cemburu gler kat kawan perempuan bf aku..Lebih2 lagi aku pernah terlihat pic bf aku bergambar mesra dengan office mate dia..of coz la perempuan..kemain lagi posing, yg si gadis tu pon kemain manje lagi bergambar..menggode habis la..Eeeee..menyirap je rase..first time tgk pic tu, x tahu la mulut aku terlopong besar mane (hahaha)..terkedu sekejap..Tapi sebab tak nak rosakkan mood..aku masih lagi berlagak cool..(mmg poyo thp gaban)..Disebabkan reaksi aku ni mungkin menyebabkan bf aku fikir aku bukan jenis yg cemburu..Aku mmg la tak cemburu bab lain, tapi bab perempuan lain ni sensitip betul aku rase..adeh~
Lebih buat aku cemburu..perempuan tu jauh lebih cantik dari aku yg tak cantik ni..slim, ayu, ala2 perempuan melayu terakhir, manis, cantik, seksi..Eeee..pakej yg lengkap la kirenye..So, cam ne la aku tak jeles kan..Jadi, salah satu sebab membuatkan perempuan rase cemburu adalah kelemahan dan rasa rendah diri berbanding org lain..Betul...sebab aku tak lawa, aku jadi cemburu kat perempuan yg lawa tadi tu..
Tapi sampai bile nak biarkan perasaan ni bermaharajalela?
Aku mmg tak nak sifat ni wujud dalam hati aku..cemburu ni bukannya best..dada rase sesak, hati tak tenang..eeeii menderita pendek kata! Jadi, aku harus kembalikan diri aku yg dulu..Untuk membetulkan keadaan, aku berterus terang dgn bf ku..Aku cakap pada dia ' sometimes, i jeles sangat bile u keluar dgn kawan2 perempuan u..'
i have to make all things clear..Aku nak dia faham perasaan dan hati aku..Dia bukan ahli sihir..dia takkan tahu soal hati aku..jadi akulah yg perlu bagitahu dia...
Alhamdulillah lepas berterus terang, lepas dengar penjelasan dia , hati aku jadi lebih tenang..." cyg jgn risau..i anggap kawan2 perempuan i mcm kakak dan adik2 i..i treat them not more than just a friend..I cant bring tat feeling more higher..'
Sumpah! Lega sangat dengar bile dia cakap mcm tu...Aku mengaku aku mmg cemburu..Tapi aku masih rasional..rase rasional yg masih bersisa dlm diri aku mengatasi rasa cemburu yang bersarang di hati. Atas dasar rasional itu, aku sama sekali tak akan halang dia dari terus berkawan dengan rakan2 perempuan dia, walaupun aku jeleskan mereka (jeles tak bertempat?)..aku sama sekali takkan mendesak dia untuk putuskan persahabatan dia dengan kwn2 perempuan dia..Sebab? Aku tahu nilai sebuah persahabatan..Aku jugak pernah berkawan baik dengan lelaki..Aku jugak pernah rase sangat2 kecewa bile kawan baik aku putuskan persahabatan dengan aku semata-mata tidak mahu teman wanitanya terus rasa cemburu..Satu ketika dulu aku penah rase perit kehilangan kawan lelaki aku semuanya gara-gara cemburu seorang perempuan lain..Aku jugak pernah maki hamun kawan lelaki aku (hamun dlm hati je la..kikikiki) dan mengelar dia dgn pelbagai gelaran buruk - ikut ckp gf, lelaki dungu tak de pendirian, kawan tak gune sanggup putus kawan sebab tak nak bagi mak we jeles bla..bla..bla..
So, aku takkan buat perkara yang same..aku tak sanggup bf aku dimaki hamun oleh kawan2 dia (hehehe) Paling penting aku tak nak diri aku dicop sbg perempuan giler perasan bf kau hot sangat! hahhahaha~
Moral of the story:
- Perempuan cenderung utk cemburu terhadap perkara yg dia tidak dimiliki tetapi dimiliki oleh org lain
- Perempuan cenderung untuk cemburu bile dia rasa rendah diri
- Perempuan selalu akan cemburu bila dia rasa kedudukan dirinya di hati teman lelakinya terancam disebabkan kehadiran perempuan lain..(kalau kehadiran kucing ke sikit pon x cemburu..kalo cemburu jugak..sah gilo la tu!)
- Perempuan akan cemburu sebab dia sayangkan seseorang.
Ape pun cemburu ni mmg tak baik untuk hati..Selagi boleh, elakkan dari sifat cemburu.
Labels:
soal hatiku